AM

Aliran Trafik Dari Pantai Timur Ke Lembah Klang Sesak, Utara Dan Selatan Terkawal

14/04/2024 10:23 PM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Aliran trafik di lebuh raya dari pantai timur menuju Lembah Klang masih sesak malam ini manakala trafik dari utara dan selatan semakin terkawal.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat 9 malam ini, bagi pantai timur kenderaan memenuhi lebuh raya dari Lancang ke Karak.

“Kesesakan berlaku menuju hingga ke Plaza Tol Gombak,” katanya ketika dihubungi.

Menurut jurucakap berkenaan aliran trafik dari utara dan selatan menuju ke Lembah Klang dilaporkan dalam keadaan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi antaranya di Sungai Petani ke Sungai Dua, Gua Tempurung ke Tapah dan Tanjung Malim ke Bukit Beruntung.

“Kesesakan turut berlaku dari Simpang Ampat ke Senawang dan menuju Seremban,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan