AM

Lebih 20,000 Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah

14/04/2024 02:43 PM

KOTA KINABALU, 14 April (Bernama) -- Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta barisan ahli Kabinet negeri.

Pelbagai juadah seperti sate, ketupat, lemang dan rendang dihidangkan kepada tetamu menerusi 200 gerai disediakan selain majlis dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada artis tempatan negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya ketika ditemui pemberita berkata majlis bermula dari 10 pagi hingga 2 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran pelbagai lapisan rakyat.

“Saya harap sambutan ini dapat mengeratkan silaturahim pelbagai suku kaum yang ada di Sabah,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan