DUNIA

Polis Kosongkan Pusat Beli-belah Di Sydney Berikutan Laporan Insiden Tikaman

13/04/2024 11:18 PM

ANKARA, 13 April (Bernama-Anadolu) -- Polis mengosongkan sebuah pusat beli-belah di Sydney, Australia berikutan laporan insiden ada beberapa mangsa yang cedera ditikam. 

Menurut Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan, polis berkata perkhidmatan kecemasan dipanggil ke  Simpang Westfield Bondi di bahagian timur Sydney, ibu negeri New South Wales sebelum pukul 4 petang tadi waktu tempatan selepas laporan beberapa orang ditikam diterima, lapor Perbadanan Penyiaran Australia. 

Saksi berkata polis turut melepaskan tembakan.

“Satu insiden kritikal telah bermula berikutan seorang lelaki ditembak di Simpang Bondi, kata polis dalam satu kenyataan. 

Polis berkata operasi sedang berjalan dan mereka yang membeli-belah di sana sedang dipindahkan.

Seorang jurucakap NSW Ambulance berkata ada dua orang suspek dan seorang daripada mereka telah ditembak polis sementara seorang lagi masih diburu. . 

Beberapa orang pengunjung pusat beli-belah itu masih lagi terperangkap di dalam bangunan itu, kata jurucakap berkenaan.

Visual yang disiarkan oleh penyiar tempatan menunjukkan sejumlah besar petugas dan kenderaan kecemasan berada di lokasi kejadian. 

Anggota polis juga kelihatan melakukan pencarian di bumbung di mana tempat meletak kereta berada. 

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan