AM

PM Anwar Ucap Selamat Tahun Baharu Tamil, Hari Vaisakhi Dan Vishu

13/04/2024 03:58 PM

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil, Hari Vaisakhi dan Vishu kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh serta komuniti Malayalee yang menyambut perayaan itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan supaya tahun ini akan terus membawa sinar keceriaan dan kesejahteraan kepada mereka yang meraikannya.

“Terus semarakkan semangat perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara kita,” katanya.

Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil, manakala Vaisakhi menandakan musim menuai berdasarkan kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi, sementara Vishu ialah sambutan tahun baharu bagi kumpulan etnik Malayalee dan disambut pada hari pertama bulan Medam dalam kalendar Malayalee.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan