AM

Fahmi Nafi Berbilion Ringgit Wang Royalti Masuk Ke Akaun Pkr

13/04/2024 12:48 PM

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil menafikan dakwaan kononnya berbilion ringgit wang royalti untuk Kelantan dan Terengganu dimasukkan ke dalam akaun parti itu.

Beliau berkata akaun parti berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah dan diterbitkan setiap kali berlangsungnya kongres PKR.

“Ada individu muat naik posting (hantaran) palsu dan fitnah yang amat jijik. KEADILAN menerbitkan akaun setiap kali Kongres diadakan, dan akaun berkenaan diaudit juruaudit bertauliah.

“Tidak pernah ada jumlah seperti yang dituduh itu masuk ke dalam akaun KEADILAN,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata beliau telah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat segera terhadap individu yang menyebarkan dakwaan terbabit.

Dakwaan itu dibuat oleh individu bernama Sabrizan Salleh yang dimuat naik melalui Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) semalam.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan