DUNIA

WARTAWAN ANTARA YANG CEDERA DALAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS KEM PELARIAN DI TENGAH GAZA

13/04/2024 12:09 AM

GAZA, 12 April (Bernama-Anadolu) -- Beberapa orang wartawan cedera dalam serangan tentera Israel yang menyasarkan Kem Pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu. 

Sumber perubatan memberitahu Anadolu antara yang cedera ialah wartawan lapangan daripada saluran TRT Arabic yang melaporkan mengenai serangan di Gaza.

Lebih daripada 33,600 warga Palestin maut dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt tahun lepas.

Rejim itu juga melakukan sekatan di bahagian pantai mengakibatkan populasi Gaza terutamanya di utara di ambang kebuluran.

Serangan Israel itu telah mengakibatkan 85 peratus daripada penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain menghadapi kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang akut sementara kebanyakan daripada infrastrukturnya telah rosak atau musnah.

Israel didakwa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas pertuduhan melakukan genosid, dan mahkamah itu juga mengarahkannya supaya mengambil lebih banyak tindakan untuk mengelakkan kebuluran di Gaza.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan