AM

AIDILFITRI DISAMBUT MERIAH DI LABUAN, TRADISI RUMAH TERBUKA DITERUSKAN

12/04/2024 09:05 PM

LABUAN, 12 April (Bernama) -- Aidilfitri disambut meriah di 27 kampung yang terdapat di pulau bebas cukai ini dengan tradisi kunjung-mengunjung dan penganjuran rumah terbuka termasuk oleh ketua kampung serta pihak korporat. 

Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman yang meneruskan tradisi rumah terbuka dengan mengalu-alukan kedatangan tetamu bukan sahaja dari Labuan, malah dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Hari ini, Suhaili turut menerima kunjungan keluarga Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong, di kediamannya di Jalan Jumidar Buyong.

“Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu yang datang dari jauh dan dekat, daripada pelbagai kaum dan latar belakang agama untuk sama-sama memeriahkan Aidilfitri ini. 

“Penghargaan turut ditujukan kepada Datuk Seri Safar Untong dan keluarga kerana sudi memeriahkan sambutan hari raya bersama kami pada hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Suhaili berkata beliau juga akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri tahunannya di dewan konvensyen Financial Park pada 26 April ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa dijangka hadir bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan