SUKAN

BAC 2024: SZE FEI-NUR IZZUDDIN CIPTA SENSASI SINGKIR JAGUH DUNIA

10/04/2024 11:23 PM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi tersendiri, dengan menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.

Gandingan ranking ke-19 dunia itu, ternyata tampil luar biasa mengejutkan gandingan ranking nombor dua dunia berkenaan 21-13 dan 21-18 dalam tempoh 44 minit.

Menanti mereka di pusingan kedua, gandingan ranking ke-11 dunia negara tuan rumah China He Jiting-Ren Xiangyu.

Dua pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mengiringi kemaraan ke pusingan kedua, selepas menewaskan lawan masing-masing.

Wei Chong-Kai Wun menewaskan gandingan tuan rumah Chen Bo Yang-Liu Yi, 21-15 , 21-12 dan akan bertemu wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, sementara Aaron-Wooi Yik yang menewaskan gandingan India Hariharan Amsakarunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi, 21-15, 21-14 akan bertemu wakil Jepun Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.

 

Keputusan pusingan pertama BAC 2024 melibatkan wakil negara:

 

Perseorangan Wanita

-----------------------------

P.V Sindhu (IND) mn Goh Jin Wei (MAS) 18-21, 21-14, 21-19

 

Beregu Lelaki

------------------

Ayata Endo-Yuta Takei (JPN) mn Ong Yew Sin-Teo Ee Yii (MAS)  21-19, 15-21, 21-19

 

Beregu Campuran

------------------------

Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (CHN) mn Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (MAS) 21-15, 21-15

 

Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) mn Yap Roy King-Valeree Siow (MAS) 21-8, 21-15

 

Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja (INA) mn Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (MAS) 21-19, 21-11

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan