AM

Agong Hadir Ke Rumah Terbuka Aidilfitri Mb Johor

10/04/2024 06:56 PM

JOHOR BAHRU, 10 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor  Datuk Onn Hafiz Ghazi  di kediaman rasmi di Saujana di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Onn Hafiz dan isteri Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor.

Menerusi hantaran di laman sosial rasmi Seri Paduka Baginda, kelihatan para pengunjung teruja dan tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar bersama baginda.

Terdahulu lebih 12,000 penduduk berbilang kaum di negeri ini hadir memeriahkan majlis rumah terbuka berkenaan dengan 32 gerai menyajikan 22 menu termasuk makanan tradisi Melayu Johor.

Anakanda baginda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar turut berangkat ke majlis berkenaan.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan