AM

Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tumpuan Pelbagai Kaum

10/04/2024 01:50 PM

KUCHING, 10 April (Bernama) -- Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum dan agama dari sekitar bandar raya ini.

Tinjauan Bernama mendapati tetamu mula memenuhi perkarangan BCKK seawal 10 pagi sekalipun majlis hanya bermula pada 10.30 pagi dan akan berlangsung hingga 3 petang.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar antara pemimpin negeri terawal yang hadir pada majlis itu, selain beberapa menteri kabinet persekutuan dan negeri.

Terdahulu, Wan Junaidi dan Abang Johari menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Negeri di Petra Jaya.

Keadaan hujan renyai pada pagi tadi tidak menghalang ribuan umat Islam untuk turut serta menunaikan solat yang dipimpin Imam Besar Negeri Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi itu.

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan