KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Polis memohon orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar berkata remaja perempuan itu, Anis Zulaikha Abdul Azim dilaporkan kali terakhir dilihat di rumahnya di Ara Greens, Ara Damansara pada 2.30 petang.
Beliau berkata remaja berkenaan dilihat mengenakan pakai seluar jeans dan sweater hitam.
"Laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan itu dibuat keesokannya pada 9.44 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja tersebut boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya 03-79662222.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial