AM

Hampir 10,000 Warga Tnb Bertugas Pada Aidilfitri

07/04/2024 12:08 PM

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menugaskan hampir 10,000 tenaga kerja pelbagai peringkat di sepanjang rantaian perkhidmatannya di 11 negeri di seluruh Semenanjung bagi menjamin kestabilan bekalan elektrik menjelang sambutan Aidilfitri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata pemantauan ditingkatkan menjelang hari raya dengan kebiasaannya tempoh 72 jam bermula sehari sebelum 1 Syawal adalah kritikal berikutan orang ramai rancak membuat persiapan terutama pada malam Aidilfitri.

“Walaupun tugasan ini ialah rutin harian warga kerja di bahagian perkhidmatan masing-masing, saya yakin setiap daripada warga kerja ini akan memberikan yang terbaik demi pengguna di seluruh negara,” katanya.

TNB memaklumkan bagi menghargai sumbangan warga kerja terlibat, pihaknya mengekalkan tradisi menitipkan bingkisan kuih raya yang disediakan dengan kerjasama Persatuan Wanita TNB.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan