AM

PEMANDU PACUAN EMPAT RODA MAUT, DUA PARAH KEMALANGAN BABITKAN TUJUH KENDERAAN

06/04/2024 10:02 AM

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Seorang pemandu pacuan empat roda maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah bas ekspres di Kilometer 425.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Hospital Sungai Buloh, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, dua individu yang cedera parah dikenal pasti sebagai penumpang kenderaan pacuan empat roda dan pemandu kereta jenis Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan.

Beliau berkata enam lagi mangsa yang cedera ringan merupakan seorang lelaki dewasa, empat wanita dan seorang kanak-kanak lelaki dan kesemuanya telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

"Semua 24 penumpang dan dua pemandu bas ekspres bagaimanapun tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 11.37 malam dan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat rawang bersama sebuah jentera, ambulans dan pacuan empat roda dikerah ke lokasi kejadian.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang maut dan cedera selesai 1.15 pagi tadi," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan