DUNIA

Dialog Asean-korea Selatan Alu-alukan Cadangan Perkongsian Strategik

05/04/2024 06:03 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 5 April (Bernama) -- Dialog ASEAN-Korea Selatan ke-28 menyambut baik cadangan Korea Selatan supaya hubungan itu ditingkatkan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Korea Selatan (CSP).

Pegawai kanan yang ditemui pada  dialog itu yang diadakan di Seoul pada Khamis percaya cadangan berkenaan akan mencerminkan kekuatan dan skop perkongsian itu

Kedua-dua pihak juga menyambut Ulang Tahun ke-35 Hubungan Dialog ASEAN-Korea Selatan tahun ini, menurut Sekretariat ASEAN dalam satu kenyataan. 

Pegawai kanan menekankan keperluan menambah baik kerjasama merentas sektor seperti perdagangan dan pelaburan menerusi kawasan perdagangan bebas, inovasi digital, keselamatan siber, tenaga bersih dan pembangunan mampan. 

Bidang lain yang menjadi tumpuan termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pendidikan, pengurusan bencana, alam sekitar dan perubahan iklim, bandar pintar, kesalinghubungan, kebudayaan, pertukaran rakyat ke rakyat dan pembinaan kapasiti. 

Mesyuarat itu juga mengetengahkan kepentingan Pandangan ASEAN Mengenai Indo-Pasifik (AOIP) sebagai rangka kerja panduan untuk kerjasama serantau yang lebih meluas. 

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama praktikal dalam bidang keutamaan di bawah AOIP seperti kerjasama maritim, kesalinghubungan dan matlamat pembangunan mampan seiring dengan Kenyataan Bersama Kerjasama AOIP yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan ke-24, tahun lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan