DUNIA

Xi Sertai Aktiviti Tanam Pokok, Gesa Penghijauan Di Seluruh Negara Dipergiat

04/04/2024 02:34 PM

BEIJING, 4 April (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping menyertai aktiviti menanam pokok secara sukarela di sini pada Rabu dan menekankan pentingnya untuk mempergiat usaha penghijauan di seluruh negara bagi pembinaan China yang indah.

Di samping menanam pokok, Xi juga meluangkan masa berbual-bual dengan orang ramai yang turut ikut serta dalam aktiviti berkenaan.

Presiden berkata beliau telah menyertai aktiviti menanam pokok di ibu kota selama 17 tahun secara berturut-turut sejak mula bertugas di Beijing.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 Pesta Menanam Pokok. Dalam tempoh 45 tahun lalu, rakyat China aktif terlibat dalam usaha menanam pokok, membina hutan dan berjaya menjadikan tanah tandus dan padang pasir menjadi hutan dan tanah hijau. Kejayaan ini amat mengagumkan.

Xi menegaskan bahawa usaha penghijauan negara ini harus diperluas, dipergiat dan dipelihara.

Beliau berkata antara langkah-langkah itu, termasuk mendorong penghijauan secara besar-besaran dan secara santifik, memberikan perhatian tinggi terhadap mutu dan keberkesanan penghijauan.

Langkah lain adalah meningkatkan perlindungan terhadap sumber hutan dan padang rumput, memperkasa kerja mencegah kebakaran dan menghapuskan risiko berpotensi untuk menjaga hasil pembinaan hutan.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan