AM

YAYASAN BANK RAKYAT PERUNTUK RM70,000 BANTU PELAJAR B40

30/03/2024 09:48 PM

KOTA BHARU, 30 Mac (Bernama) -- Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Machang Malaysia telah memperuntuk RM70,000 sebagai bantuan persekolahan untuk pelajar daripada kumpulan keluarga berpendapatan rendah (B40).

YBR dalam kenyataan malam ini memaklumkan bantuan itu membabitkan 700 pelajar sebagai insentif tambahan dalam menyediakan peralatan sekolah sepanjang sesi pembelajaran. 

“Pihak kami amat prihatin dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik khususnya dalam kalangan pelajar kawasan luar bandar. Walaupun jumlah bantuan yang diberikan tidak banyak namun diharap ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, YBR turut menghulurkan sumbangan wang tunai RM3,000 kepada seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya Khairul Aqil Mohd Nasrom, 8, di Kampung Tepus, Kota Bharu yang menderita penyakit kanser otak sejak kecil.

“Bantuan berjumlah RM3,000 ini amat kecil nilainya jika hendak dibandingkan dengan kos membiayai  rawatan adik Aqil namun ia diharap dapat mengurangkan beban kewangan yang perlu ditanggung untuk kos rawatan dan ubat-ubatan bulanan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan