KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Subsidiari 51 peratus milik Maxim Global Bhd, Maxim Pelangi Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Pelangi Sdn Bhd bagi cadangan pengambilalihan 2.63 hektar (6.51 ekar) di Plentong, Johor Bahru, Johor berharga RM167.0 juta.
Pemaju hartanah itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia akan memenuhi keseluruhan cadangan pemerolehan secara tunai.
“Lembaga sedang membincangkan pelan pembangunan tanah itu dan kini sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk menilai risiko serta profil ganjaran, bergantung kepada keadaan pasaran hartanah semasa,” tambahnya lagi.
Pada 26 Feb lepas, penilai bebas Knight Frank Malaysia Sdn Bhd menilai tanah komersial itu pada RM169.0 juta berdasarkan pendekatan perbandingan.
Kumpulan itu ketika mengulas mengenai rasional pengambilalihan berkata cadangan pengambilalihan itu dilakukan selaras dengan perniagaan kumpulan berkenaan iaitu strategi untuk mengembangkan pembangunan hartanah dan perniagaan pembinaannya dengan meningkatkan simpanan tanahnya, atau mungkin menjalankan projek pembangunan hartanah selanjutnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial