POLITIK

Adun Labu Mohamad Hanifah Abu Baker Dilantik Ketua Pembangkang Dun N.sembilan

22/03/2024 11:53 AM

SEREMBAN, 22 Mac (Bernama) -- Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan Mohamad Hanifah Abu Baker, dilantik sebagai ketua pembangkang baharu mewakili parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Setiausaha Badan Perhubungan PN negeri Muhammad Noraffendy Mohd Salleh dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Labu daripada Bersatu itu selaras dengan penstrukturan semula badan perhubungan negeri parti itu.

Hanifah menggantikan ADUN Gemas Ridzuan Ahmad yang memegang jawatan tersebut pada tahun lepas.

Sementara itu, Muhammad Noraffendy berkata PN negeri juga melantik lima ADUN mereka bagi memantau portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi semak dan imbang terhadap keberkesanan tadbir urus baik kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas, PH dan BN memenangi 31 kerusi DUN manakala PN meraih lima kerusi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan