PUTRAJAYA, 19 Mac (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 26 Mac ini (Selasa), demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.
Menurut KPM, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan itu dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh berkenaan.
Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula pukul 10 pagi pada 26 Mac hingga 6 petang, 1 April.
Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang akan diaktifkan dari 10 pagi 26 Mac hingga 6 petang 1 April, untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial