KOTA BHARU, 17 Mac (Bernama) -- Penaja Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) PUC Sport akan memperkenalkan jersi rasmi pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
Pengarah Urusan PUC Sport Mohd Shukry Pauzi berkata koleksi itu melibatkan jersi laman sendiri dan tempat lawan, jersi ketiga dan jersi penjaga gol dicetak sebanyak 15,000 sebagai permulaan.
Beliau berkata ketika ini jersi sedang dalam proses penampalan pelekat dan akan dijual dengan harga berpatutan serta berkualiti tinggi.
"Musim ini kita akan keluarkan sebanyak 50,000 helai jersi termasuk jersi rasmi selebihnya jersi latihan, jersi keluaran khas dan lain-lain," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Mohd Shukry berkata pihaknya juga akan menyediakan 5,000 helai jersi edisi khas bagi majlis pelancaran pasukan KDNFC musim ini.
Menurutnya, sebanyak 1,500 helai jersi akan diberikan secara percuma kepada pasukan konvoi dan penyokong bagi memeriahkan majlis pelancaran pasukan KDNFC.
Beliau berkata musim ini pihaknya akan mengeluarkan reka bentuk berlainan bagi edisi jersi latihan dan edisi khas seperti baju hud bagi meraikan sokongan peminat bola sepak Kelantan.
"Jersi edisi latihan akan mula dijual di kedai PUC Sport dan juga secara dalam talian dengan harga RM49 sehelai dan pakej kombo tiga helai RM100.
"Penyokong boleh mendapatkan jersi latihan bermula esok manakala bagi jersi rasmi kami, dijangka akan dijual selepas raya, " katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial