Daripada D.Arul Rajoo
BERLIN, 14 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tiba di Berlin Station di sini bagi menyampaikan ucaptama pada acara tahunan SME Future Day 2024 (Mittelstand).
Sebelum menyampaikan ucaptama pada acara SME terbesar di Jerman itu, Anwar bertemu Naib Canselor merangkap Menteri bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Tindakan Iklim Robert Habeck.
Beliau disertai oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Berlangsung di Berlin Station, SME Future Day yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (BVMW) itu menghimpunkan kira-kira 5,000 usahawan selain tokoh korporat serta figura penting kerajaan.
Enam syarikat Malaysia turut mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan sempena acara itu menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Syarikat terbabit ialah Marniq Bersatu Sdn Bhd, Primelux Energy Sdn Bhd, Ade Azhar Trading Sdn Bhd, 59Kopa Sdn Bhd, Marrybrown dan Old Town White Coffee.
Acara itu menyediakan platform untuk membina rangkaian serta mengadakan perbincangan antara pembuat keputusan dalam dunia korporat dan politik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial