DUNIA

China: Persidangan Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China Dirasmikan

05/03/2024 01:54 PM

BEIJING, 5 Mac (Bernama-CMG) -- Sidang kedua Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 dirasmikan di Dewan Besar Rakyat Beijing pada Selasa dan turut dihadiri Presiden Xi Jinping dan pemimpin-pemimpin negara yang lain. 

Pada sidang itu Perdana Menteri Li Qiang turut menyampaikan laporan kerja kerajaan. 

Li berkata dalam setahun lalu, ekonomi China pulih dan mengekalkan trend pembangunan yang mampan. 

Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi RMB126 trilion (RM78 trilion), meningkat 5.2 peratus dari tahun ke tahun. 

Kadar pertumbuhan itu menduduki tempat terdepan dalam entiti ekonomi utama di dunia. 

Menurut Li, pada tahun lalu sejumlah 124.4 juta peluang pekerjaan ditawar kepada penduduk di bandar dan pekan dan kadar pengangguran berdaftar di kawasan terbabit mencatat 5.2 peratus. 

Di samping itu, indeks harga pengguna (IHP) naik 0.2 peratus.

Li berkata bahawa sasaran pembangunan bagi tahun ini adalah KDNK meningkat kira-kira lima peratus, mempergiat pembinaan sistem perindustrian moden, mempercepat pembangunan daya produktif berkualiti baharu. 

Di samping itu, tumpuan turut diberikan kepada peranan utama inovasi, mendorong inovasi perindustrian melalui inovasi sains dan teknologi, mempercepat pembinaan industrialisasi baharu, meningkatkan produktiviti elemen komprehensif, membina dan meneroka tenaga penggerak selain keunggulan baharu serta mendorong kenaikan produktiviti masyarakat. 

Sementara itu, usaha juga akan ditumpukan untuk penambahbaikan dan menaik taraf rantaian bekalan dan rantaian perindustrian, membina lebih banyak jenama “buatan China” yang berprestij di arena antarabangsa.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan