AM

Mohd Naim Harap Peguam Syarie Eratkan Kesatuan, Kukuhkan Institusi Perundangan

03/03/2024 11:27 PM

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berharap semua peguam syarie dapat mengeratkan kesatuan dan menjaga disiplin diri dalam usaha mengukuhkan institusi perundangan dan kehakiman syariah di negara ini. 

Beliau juga berharap supaya peguam syarie dan institusi kehakiman syariah bergerak bersama-sama demi keutuhan sistem perundangan dan kehakiman syariah. 

“Sebagai Menteri yang dipertanggungjawabkan bagi hal ehwal Islam termasuk perundangan dan kehakiman syariah di negara ini, saya sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan maklum balas membina khususnya berkaitan pengurusan Mahkamah Syariah,” katanya menerusi laman Instagramnya hari ini. 

Mohd Na’im turut mengucapkan tahniah kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan  Persatuan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan kerana mengambil inisiatif menganjurkan Program Sukan Peguam Syarie pada tengah hari tadi. 

“Program ini amat penting untuk saling mempertautkan ukhuwah silaturrahim sesama kita, selain saling beriadah dengan penuh semangat kesukanan. Terima kasih atas ukhuwah dan silaturrahim dalam program ini. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan,” katanya. 

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan