AM

Kpt Teliti Tingkat Kursus Pelancongan, Minyak Dan Gas, Tvet Di Sabah

02/03/2024 09:43 PM

SANDAKAN, 2 Mac (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti untuk meningkatkan jumlah kursus berkaitan pelancongan, minyak dan gas serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata bidang-bidang berkenaan semakin berkembang di negeri ini justeru membolehkan kursus berkaitan ditawarkan.

"Tawaran itu (kursus pelancongan, minyak dan gas serta TVET) dibuat oleh universiti atau politeknik sendiri dan kena melihat keperluan setempat.

"Tetapi kita (kementerian) melihat daripada segi pelancongan Sabah yang semakin naik dan kita ada kajian baharu supaya boleh menawarkan kursus berkaitan pelancongan, minyak dan gas serta TVET di Sabah ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Politeknik Sandakan dan Kolej Komuniti Sandakan (KKS) di sini hari ini.

Mustapha turut menyarankan supaya Politeknik Sandakan dan KKS mendedahkan modul pendidikan institut itu kepada pelajar sekolah bagi menarik minat mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta TVET.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan