POLITIK

Bersatu Pinda Perlembagaan Parti, Lucut Keahlian Wakil Rakyat Tidak Sealiran Dengan Parti

02/03/2024 08:57 PM

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Perhimpunan Agung Khas Bersatu hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.

Pindaan itu melibatkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti.

Kelulusan sebulat suara pindaan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Bersatu Datuk Mohd Suhaimi Abdullah di hadapan 1,956 perwakilan daripada bahagian serta sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi, dan Srikandi Muda yang hadir.

Terdahulu Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika membentangkan usul berkenaan berkata tiga pindaan dengan memasukkan tambahan fasal pada Fasal 10 itu melibatkan Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6.

Katanya Fasal 10.4 memperuntukkan mana-mana ahli Bersatu yang merupakan wakil rakyat di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negeri yang melakukan ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi yang selari dengan Fasal 10.5 adalah disifatkan terhenti keahliannya daripada Bersatu secara serta-merta.

“Perkara 10.5 Majlis Pimpinan Tertinggi boleh mengeluarkan apa-apa arahan khusus kepada mana-mana atau semua wakil rakyatnya di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negeri. Semua arahan yang dikeluarkan di bawah fasal ini hendaklah dibuat secara bertulis.

“Perkara 10.6 pula merujuk kepada Fasal 10.4, Setiausaha Agung atas arahan Majlis %


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan