JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Pakistan Ditahan Disyaki Cuba Sogok Polis

02/03/2024 02:11 PM

KOTA BHARU, 2 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki warga Pakistan disyaki cuba menyogok anggota polis di sekatan jalan raya di Tumpat, di sini awal pagi tadi.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 1.20 pagi ketika memandu sebuah van, yang turut dinaiki seorang rakan senegaranya.

“Ketika ditahan, lelaki berkenaan cuba menyogok anggota polis bertugas sebanyak RM200 sebagai dorongan agar tidak diambil tindakan undang-undang.

“Lelaki itu didapati tidak memiliki lesen kenderaan barangan (GDL) dan menyalahgunakan pas perjalanan,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini telah membenarkan lelaki itu direman enam hari   untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan