JENAYAH & MAHKAMAH

Mbpp Rampas 25 Skuter Elektrik Dalam Serbuan

02/03/2024 01:38 PM

GEORGE TOWN, 2 Mac (Bernama) -- Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas 25 skuter elektrik dalam serbuan di sebuah premis perniagaan yang dijalankan oleh seorang lelaki warga Bangladesh, di sini semalam.

MBPP dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini memaklumkan rampasan dilakukan oleh pihak Jabatan Pelesenan serta Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP yang menjalankan pemeriksaan terhadap perniagaan sewa skuter elektrik tanpa lesen.

"Semasa serbuan pada 11 malam itu, semakan turut mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen yang sah,” menurut kenyataan itu.

MBPP memaklumkan akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan terhadap premis yang menjalankan perniagaan tanpa lesen terutama kenderaan mikromobiliti bagi menjaga keselamatan orang awam.

Sebelum ini, MBPP menasihati orang awam dan pengunjung di negeri ini supaya tidak menyewa serta menaiki skuter elektrik berikutan penggunaannya di jalan raya adalah dilarang.

Penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan menjadi kesalahan mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan