AM

Remaja Lelaki Maut Tertimbus Tanah Ketika Mendulang Emas Di Lipis

29/02/2024 05:23 PM

KUANTAN, 29 Feb (Bernama) -- Seorang remaja lelaki maut akibat tertimbus tanah dipercayai ketika mendulang emas di Pos Pantos, Kuala Lipis semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata siasatan mendapati mangsa Budiman Johan, 18, bersama empat lagi rakannya telah ke ladang sawit di Pos Pantos untuk mendulang emas di kawasan berkenaan pada 3 pagi.

"Semasa aktiviti mendulang mangsa ada menggali tanah dengan menggunakan tangan dan tanah di tempat mangsa menggali dikatakan telah menggelongsor ke atasnya menyebabkan dia tertimbus.

 "Rakan-rakan lelaki itu telah membantu mengeluarkannya daripada timbusan tersebut dan membawa mangsa balik ke rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sungai Koyan, Lipis mendapati mangsa telah meninggal dunia dan telah dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

Punca kematian disebabkan asfiksia atau keadaan kandungan oksigen dalam tubuh rendah, katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan