DUNIA

Jumlah Korban Di Gaza Akibat Serangan Israel Melepasi 30,000 Sejak 7 Okt

29/02/2024 04:50 PM

BANDARAYA GAZA, 29 Feb (Bernama-Anadolu) -- Lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 70,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Khamis.

Jurucakap kementerian itu Ashraf al-Qudra berkata sekurang-kurangnya 79 orang terbunuh dalam serangan Israel di kawasan yang dilanda perang sejak Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Menurut jurucakap itu, kanak-kanak, wanita dan warga emas antara sebahagian besar yang menjadi mangsa serangan itu. 

Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur turut rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan