JENAYAH & MAHKAMAH

Jpj P.pinang Sita 11 Motosikal, Sebuah Kereta Dalam Ops Pewa

28/02/2024 08:21 PM

BUKIT MERTAJAM, 28 Feb (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 11 motosikal dan sebuah kereta yang kesemuanya dipandu warga asing, atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops PeWA), hari ini.

JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini berkata 86 saman berkaitan pelbagai kesalahan lalu lintas turut dikeluarkan dalam operasi dua jam di Bukit Mertajam di sini yang bermula pukul 9 pagi tadi.

“Antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran. Semua kenderaan yang disita dipandu oleh warga asing dan pemeriksaan mendapati mereka menggunakan kenderaan milik warga tempatan," menurut kenyataan itu.

JPJ turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing kerana ia merupakan satu keslahan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan