JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Nafi Tiada Kelulusan Permit Untuk Perhimpunan Mega Palestin

28/02/2024 12:41 AM

KUALA LUMPUR 27 Feb (Bernama) -- Polis menafikan bahawa tiada kelulusan permit dikeluarkan untuk program Perhimpunan Mega Rakyat Demi Palestin seperti yang dimaklumkan oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) menerusi laporan sebuah portal berita.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah berkata setakat hari ini, pihak penganjur masih gagal mengemukakan sebarang pemakluman dan permohonan.

“Bagaimanapun, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah mengadakan sesi perjumpaan bersama pihak penganjur Mega Rakyat Demi Palestin pada Khamis lepas.

“Hasil perjumpaan tersebut, pihak penganjur telah dinasihat untuk mengemukakan pemakluman dan permohonan permit kepada pihak IPD Wangsa Maju,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak berkumpul atau mengadakan sebarang perhimpunan tanpa kebenaran. 

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan atau melanggar undang-undang,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan