JENAYAH & MAHKAMAH

Dua Individu Ditemukan Maut Dalam Sebuah Kereta Di Stesen Minyak

27/02/2024 10:26 PM

KUANTAN, 27 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di stesen minyak berhampiran Muadzam Shah, Rompin hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.10 petang tadi sebelum enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sejurus tiba pihaknya mendapati dua mangsa berada dalam sebuah kereta jenis Proton Satria di kawasan letak kereta stesen minyak terbabit.

“Bomba telah membuka pintu kereta itu menggunakan peralatan menyelamat dan menemukan seorang lelaki dan wanita dewasa yang tidak sedarkan diri dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kedua-dua mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan