AM

Agong Terima Menghadap Perdana Menteri Kemboja

27/02/2024 05:23 PM

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di Istana Negara, di sini.

Dalam catatan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Hun Manet dan delegasi tiba pada 3 petang dan sesi menghadap itu berlangsung di Dewan Seri Mahkota selama hampir 30 minit.

Hadir sama pada sesi menghadap itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Digital Gobind Singh Deo selaku Menteri Pengiring.

Hun Manet tiba pagi ini untuk lawatan sulungnya ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Kemboja pada Ogos 2023.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan