AM

Ramanan Yakin Ahli Parlimen Kerajaan Bersedia, Komited Untuk Sesi Perbahasan Titah Diraja

27/02/2024 12:27 AM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan yakin barisan Ahli Parlimen Kerajaan telah bersedia sepenuhnya dan akan memberi komitmen yang tinggi untuk sesi perbahasan Titah Diraja yang bermula esok.

Beliau berkata titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen di sini hari ini, sarat dengan amanat dan harapan antaranya supaya Ahli-Ahli Parlimen  dapat bersama-sama menjalankan kewajipan untuk kepentingan rakyat jelata.

“Baginda Tuanku turut menegaskan supaya barisan Ahli Parlimen dapat bersidang secara budiman dan menjadi teladan yang baik selain mematuhi peraturan Dewan Rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini. 

Terdahulu, pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, Sultan Ibrahim menzahirkan peringatan, nasihat serta pandangan dalam pelbagai topik antaranya tingkah laku Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat semasa persidangan, hutang negara serta kestabilan politik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan