AM

PM Ajak Umat Islam Tingkatkan Ibadat Pada Malam Nisfu Syaaban

24/02/2024 08:12 PM

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh umat Islam bersama-sama mempertingkatkan amal ibadat serta memperkukuh elemen kerohanian dengan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam ini, yang merupakan malam Nisfu Syaaban.

“Ini juga menandakan semakin dekatnya kita dengan Ramadan Al-Mubarak. Persiapan kerohanian dan amalan yang istiqamah akan membantu kita menjalani tarbiyah Ramadan kelak dengan penuh keberkatan,” katanya menerusi hantaran di media sosial beliau hari ini.

Anwar turut menyarankan agar pada malam Nisfu Syaaban malam ini, umat Islam bermunajat dengan sepenuh hati dan mendoakan rakyat Palestin yang kini terus diserang tanpa belas kasihan diangkat martabat dan maruah mereka.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Nisfu Syaaban, iaitu hari ke-15 atau pertengahan bulan Syaaban merupakan antara hari yang dimuliakan Allah dan umat Islam digalakkan melakukan pelbagai ibadah seperti membaca al-Quran, berzikir, berselawat, beristighfar pada malamnya dan berpuasa pada siangnya.  

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan