AM

Persidangan Pertama Guandong 2024, Fokus Kepada Pembangunan Berkualiti Tinggi

23/02/2024 11:30 PM

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Persidangan Pembangunan Berkualiti Tinggi Wilayah Guangdong 2024 yang berlangsung Ahad lepas (18 Feb) menyerlahkan lagi usaha wilayah itu dalam mencapai pembangunan berkualiti tinggi dengan mengambarkan keutamaan strategiknya dalam ekonomi, industri pembuatan dan inovasi teknologi.

Persidangan itu yang turut dikenali sebagai ‘Persidangan Pertama Musim Bunga Guangdong’, memberi tumpuan kepada tema yang sama selama dua tahun berturut-turut, yang menekankan kepada mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi.

New Synergy GmbH dalam satu kenyataan memaklumkan landskap ekonomi Guangdong pada 2023 menyaksikan pertumbuhan luar biasa, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serantau melebihi 13 trilion yuan, selain mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju ekonomi negaranya untuk 35 tahun berturut-turut.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa asas industri wilayah Guangdong teguh, justeru mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai hab pembuatan utama China dan pusat pembuatan global yang penting.

“Ekosistem inovasi Guangdong berkembang pesat, terbukti dengan kedudukannya yang memimpin negara selama tujuh tahun berturut-turut dalam kapasiti inovasi serantau yang komprehensif,” menurut kenyataan itu.

Pada masa yang sama kenyataan itu memaklumkan bahawa Guangdong mengiktiraf keperluan untuk menyelaraskan inovasi industri dan saintifik di tengah-tengah gelombang revolusi saintifik dan teknologi global serta transformasi industri.

Menurut kenyataan itu penjajaran strategik tersebut bertujuan untuk memupuk interaksi dinamik antara industri dan teknologi, sekali gus mendorong wilayah itu ke arah pertumbuhan yang lestari dan berkualiti tinggi.

Selain itu, kenyataan tersebut memaklumkan bahawa reputasi Guangdong sebagai hab inovasi telah digarap oleh individu-individu hebat dalam komuniti saintifik seperti yang ditonjolkan oleh Akademi Sains China dan Akademi Kejuruteraan China, semasa pemilihan ahli akademik terkini mereka pada November 2023.

“Sebagai sebuah pusat kewangan hebat, Guangdong telah meletakkan asas untuk perintis sistem perkhidmatan kewangan sains dan teknologi, mengukuhkan pembangunan berkualiti tinggi sektor pembuatan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah wilayah terkemuka dalam inovasi sains dan teknologi,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan bahawa China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia sejak 14 tahun lepas dan di antara kesemua wilayah dan bandar di China, Wilayah Guangdong mempunyai perdagangan dua hala terbesar dengan Malaysia.

Oleh itu, kenyataan itu memaklumkan bahawa Guangdong berharap untuk mempertingkatkan lagi kerjasama perdagangan dan teknologi dengan Malaysia, pada tahun ini.

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan