AM

Masjid Seliaan Jakim, Jawi Anjur Solat Hajat Untuk Palestin Esok

23/02/2024 10:17 PM

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan mengadakan solat sunat hajat bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta untuk melakukan perkara yang sama.

Beliau berkata JPM (Hal Ehwal Agama) mengecam dan mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis yang terus melancarkan serangan udara kepada penduduk Palestin khususnya di Rafah dan menyifatkan tindakan itu adalah biadab serta tidak bertanggungjawab.

“Adalah menyedihkan apabila serangan udara tersebut mengorbankan orang awam serta mendatangkan kecederaan termasuk kepada kanak-kanak selain memusnahkan kediaman dan premis awam, lebih-lebih lagi ketika umat Islam semakin menghampiri gerbang bulan Ramadan.

“Tindakan Zionis Israel mengancam untuk terus melancarkan serangan di bumi Gaza, Palestin ketika menjelangnya Ramadan juga perlu ditentang oleh dunia menerusi tanda sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan