AM

Mbsp Sita Empat Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing

23/02/2024 07:40 PM

BUKIT MERTAJAM, 23 Feb (Bernama) -- Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menyita empat premis perniagaan dikendalikan warga asing, dalam pemeriksaan dijalankan di Permatang Pauh, di sini semalam.

MBSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan anggota penguat kuasa MBSP yang melakukan pemantauan secara berkala di kawasan itu, mengesan empat buah kedai runcit tersebut dikendalikan warga asing dan tidak mematuhi syarat pelesenan ditetapkan.

“Pihak MBSP telah mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan dua notis dan dua kompaun, serta kempat-empat premis perniagaan berkenaan telah disita serta merta, kerana melanggar syarat-syarat pelesenan yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

MBSP juga mengingatkan peniaga di Seberang Perai, supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa dan tindakan penguatkuasaan secara berkala akan dilakukan dari semasa ke semasa, bagi melindungi pengguna.

Menurut kenyataan itu, sebarang aktiviti perniagaan tanpa kebenaran oleh warga asing, tidak dibenarkan dan pemilik lesen premis warga tempatan diingatkan untuk tidak meminjamkan atau menggunakan lesen atas namanya bagi menyokong aktiviti perniagaan berkenaan.

“MBSP akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi ketika serbuan dibuat,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan