AM

SULTAN PERAK BERKENAN TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH RM2.5 JUTA

23/02/2024 07:06 PM

IPOH, 23 Feb (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah RM2,537,234.15 bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Kinta di sini hari ini.

MAIPk dalam kenyataan berkata penyerahan zakat perniagaan itu didahului syarikat Belati diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Solan Derani dengan zakat berjumlah RM190,000 disusuli Felcra Berhad Wilayah Perak diwakili oleh Pengurus Besar Wilayahnya, Yusoff  Razali dengan penyerahan zakat sebanyak RM714,234.15.

Selain itu, Pengerusi Eksekutif Ladang Moccis Sdn Bhd, Datuk Ahmad Sobri Wan Teh turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM250,000 manakala Pengerusi Millenia Aqua Services Sdn Bhd, Datuk Hang Tuah Din menyerahkan zakat berjumlah RM163,000. 

"Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Puncak Emas Infra Sdn Bhd diwakili Pengurus Besarnya, Ir Saiful Azzuan Aznam dengan jumlah RM820,000  serta Royal College of Medicine Perak yang diwakili Ketua Eksekutif dan Ketua Kampus, Hissamuddin Omar dengan jumlah zakat sebanyak RM400,000," menurut kenyataan tersebut.

Turut hadir Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim serta Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Wan Maizura Wan Zahari.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan