AM

Sultan Pahang Berkenan Terima Zakat Perniagaan Lebih Rm30 Juta

23/02/2024 05:06 PM

KUANTAN, 23 Feb (Bernama) -- Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan oleh 14 syarikat korporat berjumlah lebih RM30 juta kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut, baginda diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah selaku Yang Dipertua MUIP dan Timbalan Yang Dipertua MUIP, Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Penyerahan zakat perniagaan didahului FGV Holdings berjumlah lebih RM8.6 juta diikuti FELCRA Berhad Wilayah Pahang (RM4 juta), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang dan CIMB Islamic Bank Berhad masing-masing sebanyak RM3 juta dan Kumpulan Far East Holdings Berhad (RM2.2 juta).

Selain itu, Kumpulan DRB HICOM turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2.1 juta, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) (RM1.9 juta), FOMEMA Sdn Bhd (RM1.7 juta) dan Kedai Emas Ariffin Sdn Bhd (RM1.2 juta).

Turut menyerahkan zakat ialah Kampung Aur Oil Palm Company Sdn Bhd dan Madah Perkasa Sdn Bhd sebanyak RM704,149 selain YP Maintenance Sdn Bhd (RM600,000), Telekom Malaysia Berhad (RM542,590), Affin Islamic Bank Berhad (RM250,000) dan Agrobank (RM157,508).

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Datuk Halidan Md Daud, dalam kenyataan, memaklumkan kutipan zakat harta pada tahun lepas meningkat sebanyak empat peratus iaitu sebanyak RM215.1 juta berbanding RM206.9 juta bagi tahun 2022.

Beliau berkata penyumbang terbesar bayaran zakat harta adalah daripada zakat pendapatan dengan potongan gaji diikuti zakat perniagaan yang diterima menerusi badan korporat dan perniagaan lain.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan