JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Ditemukan Maut Dalam Kenderaan Berkunci Di Ipoh

23/02/2024 09:17 AM

IPOH, 23 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta yang berkunci di sebuah rumah di Taman Rapat Indah di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh menerima panggilan kecemasan pada 12.20 tengah malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki terkunci di dalam kenderaan Perodua Myvi. Mangsa dipercayai telah membakar arang di dalam kereta berkenaan.

"Anggota bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas. Mangsa diberi rawatan awal oleh pihak petugas kesihatan yang berada di tempat kejadian namun telah disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 1.13 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan