EKONOMI

Petronas Susun Pelbagai Program Sambut Ulang Tahun Ke 50

21/02/2024 10:26 PM

KOTA KINABALU, 21 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah mengatur pelbagai program untuk memperingati ulang tahun ke-50 tahun ini bersama dengan rakyat Malaysia, kata Pengurus Besar Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab.

Siti Ayu berkata salah satu program itu membabitkan Petronas 50 Dreams yang akan merealisasikan 50  impian rakyat Malaysia.

“Pasukan kami akan mendokumentasikan 50 impian yang tidak terucap bagi mereka yang memerlukan, menggubahnya ke dalam tayangan video yang akan memberi inspirasi melalui tujuh perayaan yang disambut setiap tahun di seluruh negara,” katanya semasa Makan Tengah Hari Tahun Baru Cina Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Bersama Media Sabah di sini hari ini.

Siti Ayu mengakui hubungan Petronas dengan media yang sudah terjalin lama, sambil menambah bahawa media telah sentiasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej korporat minyak dan gas itu.

Petronas menghargai sokongan media yang telah membuat perbezaan dalam menyampaikan perjalanan syarikat selama ini dan berharap hubungan itu akan terus kukuh. 

“Bagi pihak Petronas, saya ingin merakamkan penghargaan atas sokongan pengamal media dalam memberikan liputan kepada aktiviti kami, terutamanya program impak sosial yang kami laksanakan.

“Adalah menjadi harapan ikhlas kami untuk meneruskan kerjasama ini pada 2024, tahun yang mana kami menyambut ulang tahun ke-50 Petronas dengan tema Bersama untuk Masa Depan,” katanya.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan