AM

Kpkt Sasar Bina 100 Buah Taman Rekreasi Madani Sepanjang 2024

21/02/2024 06:06 PM

PUTRAJAYA, 21 Feb (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sasar membina 100 buah Taman Rekreasi MADANI pada tahun ini di seluruh negara, kata menterinya Nga Kor Ming.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata inisiatif pembinaan taman itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Panel of Experts (POE) KPKT Bilangan 1 Tahun 2024, yang dipengerusikannya semalam. 

Dalam sektor perbandaran mampan, KPKT telah menyasarkan membina 100 buah kawasan hijau awam di seluruh negara pada 2024, dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

“Sasaran ini melibatkan kerjasama merentasi jabatan di mana Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memainkan peranan penting dalam pelaksanaan inisiatif tersebut,” katanya.

Berdasarkan statistik 2022, Malaysia mempunyai seluas 23,433 hektar kawasan lapang yang berpotensi menjadikan kawasan hijau awam.

Sehubungan itu, Nga berkata KPKT dalam proses mempercepatkan proses pewartaan kawasan lapang bagi memastikan kawasan lapang sedia ada tidak ditukar guna.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan