AM

Raja Muda Perlis Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Taib Mahmud

21/02/2024 05:36 PM

KANGAR, 21 Feb (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, yang meninggal dunia awal pagi hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dalam satu kenyataan hari ini bertitah, baginda turut berkenan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disolatkan dan diuruskan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum diterbangkan ke Kuching.

Menyambut keberangkatan tiba Raja Muda Perlis di Masjid Negara ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Baginda mewakili Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menghadiri Mesyuarat Persidangan Majlis Raja-Raja Ke-265 di Istana Negara, Kuala Lumpur yang berlangsung hari ini dan esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan