AM

Raja-raja Melayu Zahir Ucapan Takziah Pemergian Taib Mahmud

21/02/2024 04:28 PM

SHAH ALAM, 21 Feb (Bernama) -- Raja-raja Melayu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa selain ditempatkan bersama-sama para syuhada serta orang-orang yang beriman.

Sultan Selangor turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang tokoh yang besar jasanya kepada negeri Sarawak dan Malaysia.

"Allahyarham juga telah memberikan komitmen dan kerjasama penuh semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja sepanjang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak," menurut hantaran di laman Facebook Selangor Royal hari ini.

Sementara itu, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada Sarawak dan negara. 

"Semoga Allah SWT menerima segala amal baktinya, mengampunkan segala dosanya dan menempatkan Allahyarham bersama para solehin dan beroleh jannah-Nya," menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi Kesultanan Pahang. 

--  BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan