JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita Indonesia Dakwa Didera Majikan Kerana Mahu Pulang

21/02/2024 02:02 PM

JOHOR BAHRU, 21 Feb (Bernama) -- Seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dirinya didera majikan telah diserahkan kepada pihak kedutaan bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata hal itu berikutan siasatan dan temu bual yang dijalankan terhadap kedua-dua pihak mendapati tiada sebarang unsur penderaan berlaku.

Beliau berkata terdahulu pihaknya telah menerima satu tangkap layar menerusi aplikasi TikTok (mamah.azriel07) semalam pada kira-kira 10.30 pagi berhubung individu mendakwa dirinya didera.

"Video tular pada Isnin lepas yang memaparkan individu terbabit seorang wanita warga Indonesia menyatakan dirinya didera majikan semasa bekerja sebagai tukang bersih dan pembantu rumah jagaan. 

"Susulan dari video itu Ketua Polis Balai Taman Pelangi bersama wakil kedutaan Indonesia telah ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata hasil siasatan mendapati tiada unsur penderaan terjadi sebaliknya tujuan wanita itu melakukan perkara tersebut adalah untuk pulang ke negara asalnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan