JENAYAH & MAHKAMAH

Sprm Tahan Dua Pengurus Syarikat It Disyaki Terima Rasuah

21/02/2024 12:48 PM

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengurus syarikat teknologi maklumat (IT) kerana disyaki menerima rasuah berupa tiket penerbangan dan penginapan di Bangkok, Thailand dianggarkan berjumlah RM3,000.

Sumber SPRM memaklumkan, kedua-dua suspek lelaki warga tempatan tersebut ditahan antara pukul 10 hingga 11 malam tadi menerusi satu operasi yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata kedua-dua suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2023 dan menerima suapan daripada sebuah syarikat sebagai balasan agar tidak mengganggu perjalanan kontrak syarikat tersebut dengan sebuah bank.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Fauzi Husin@Che Mamat ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. Kedua-dua suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan