EKONOMI

Program Felo Sarjana Tamu Sc-ocis Dalam Kewangan Islam Dibuka Untuk Permohonan

21/02/2024 12:36 PM

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mempelawa para sarjana untuk memohon penyertaan dalam Program Felo Sarjana Tamu (SIR) ke-13 dalam bidang Kewangan Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), UK untuk tahun akademik 2024/25.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata program itu terbuka kepada ahli akademik atau pengamal yang mempunyai minat dan berkebolehan menjalankan penyelidikan gunaan secara bebas mengenai topik kontemporari yang berkait pasaran modal Islam (ICM).

SC menambah SIR adalah sebahagian daripada usaha kepimpinan pemikiran dan pembangunan kapasitinya yang berterusan untuk memajukan pembangunan global ICM.

“Bidang tumpuan harus terkini dan relevan dengan ICM, dengan keutamaan kepada Maqasid al-Shariah, kewangan sosial Islam dan fintech, ekonomi halal, pelaburan berimpak dan pelaburan mampan dan bertanggungjawab.

“Pemohon yang mempunyai kepakaran dalam kewangan Islam dan/atau disiplin yang berkait rapat dengan pengalaman praktikal yang luas dalam bidang berkaitan adalah digalakkan untuk memohon,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada program itu, sarjana terpilih juga sesekali dikehendaki memberi syarahan dan mengadakan seminar, terlibat dalam kajian kolaboratif dan menyumbangkan tenaga kepada institusi berkaitan.​

Pemohon yang berjaya dijangka menetap di Oxford selama satu tahun akademik di OCIS mulai Oktober 2024, untuk menjalankan penyelidikan dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti akademik.

Tarikh tutup permohonan ialah 30 April, 2024, dan permohonan boleh dibuat di https://www.oxcis.ac.uk/form/sc-ocis-islamic-finance-vf-2024-.

Untuk butiran lanjut mengenai Program SIR, boleh mengunjungi bahagian Visiting Fellowship di laman web OCIS di www.oxcis.ac.uk.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan