AM

Bendera Gergasi Sarawak Dikibar Separuh Tiang

21/02/2024 11:47 AM

KUCHING, 21 Feb (Bernama) -- Bendera gergasi Sarawak di Dataran Ibu Pertiwi di sini, dikibarkan separuh tiang sebagai menghormati pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud. 

Tinjauan Bernama pada 9 pagi tadi mendapati bendera yang dipasang pada tiang setinggi 99 meter itu sudah dikibar separuh tiang seperti diarahkan Kerajaan Sarawak hari ini.

Terdahulu, Kerajaan Sarawak dalam satu kenyataan rasmi mengisytiharkan berkabung selama dua hari bermula hari ini sebagai menghormati pemergian Abdul Taib, 87, yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Kerajaan Sarawak juga memaklumkan bendera di seluruh Sarawak akan dikibarkan separuh tiang dan sebarang acara hiburan ditangguhkan.

Dataran Pertiwi yang terletak berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Tebingan Kuching itu telah dilancarkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis sambutan ambang tahun baharu 2024 peringkat negeri sebelum ini.

Kos pembinaan monumen itu telah disumbang syarikat Petroleum Sarawak Bhd (Petros), Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan