DUNIA

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Di Ancam Kebuluran

21/02/2024 11:19 AM

TUNIS, 21 Feb (Bernama-Sputnik) -- Masalah kebuluran semakin meruncing di Semenanjung Gaza dengan lebih 700,000 rakyat Palestin berisiko kehilangan nyawa, menurut pejabat media kerajaan wilayah Palestin pada Selasa, lapor Sputnik.

"Situasi kebuluran di kawasan Semenanjung Gaza yang dihuni kira-kira 2.4 juta penduduk kian bertambah buruk dari hari ke hari.

"Kawasan yang paling terjejas teruk ialah di tengah dan di selatan Gaza yang bakal mencetuskan malapetaka kemanusiaan selain meletakkan nyawa sebilangan besar daripada 700,000 penduduk Palestin di ambang maut,” menurut pejabat di Telegram.

Justeru itu, pejabat berkenaan mendesak rejim Israel untuk segera menarik balik kepungan di Semenanjung Gaza dan membenarkan 10,000 trak yang sarat dengan bantuan kemanusiaan memasuki kawasan berkenaan.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan